widgets

Soalan Latihan




SET SOALAN OBJEKTIF


1.      Solat berjemaah ertinya..........

A)    Seorang diri                                               B) beramai-ramai
B)    Dilakukan di masjid                                  D) dilakukan di rumah

2.      Pahala solat berjemaah adalah............
A)    10 kali ganda                                             B) 17 kali ganda
B)    20 kali ganda                                             D) 27 kali ganda

3.      Imam ialah......
A)    Orang yang mengikut imam                      B) orang yang mengetuai solat
B)    Orang yang azan                                       D) orang yang menjadi ketua negara

4.      Lengkapkan. Sahaja aku solat fardhu Zohor.................. rakaat tunai imam kerana Allah Taala.
A)    4                                                                B) 3
B)    5                                                                D) 2



5. Berjemaah sekurang-kurangnya 2 orang iaitu...........
A)    Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum
B)    Kedua-dua menjadi imam
C)    Kedua-dua menjadi makmum
D)    Solat bersendirian

6. Apakah hukum solat berjemaah?
A)    Fardhu Kifayah                                         B) Harus
B)    Wajib                                                         D) Sunat Muakkad

7. Berikut adalah syarat-syarat sah solat berjemaah kecuali
A)    Niat mengikut imam dan makmum
B)    Makmum mengikut bacaan imam
C)    Makmum tidak mendahului dan tidak terlalu lambat mengikut pergerakan imam
D)    Makmum mengetahui pergerakan imam

8. Hukum solat berjemaah menjadi fardhu kifayah keatas:
A)    Setiap lelaki disesuatu kawasan
B)    Semua lelaki Islam termasuk kanak-kanak
C)    Semua orang Islam termasuk wanita
D)    Orang lelaki disesuatu tempat


1                    9.     Berikut adalah kedudukan makmum dalam solat berjemah kecuali...
A)    Dibelakang imam                         
B)    Berbaris lurus dan rapat antara satu sama lain
C)    Memenuhi barisan hadapan, jangan kosongkan saf
D)    Dihadapan imam

2                     10. Makmum muafiq ialah.....
A)    Makmum yang sempat membaca al-Fatihah
B)    Makmum yang tidak sempat membaca surah
C)    Makmum yang sempat membaca al-Fatihah bersama-sama imam dalam rakaat pertama

                          11. Bolehkah seseorang perempuan menjadi imam?
A)    Ya, untuk semua jemaah lelaki dan perempuan
B)    Tidak, untuk jemaah perempuan sahaja
C)    Ya, untuk jemaah perempuan sahaja.
D)    Tidak, untuk jemaah kanak-kanak dan lelaki

                    12.  Apakah perbezaan antara makmum masbuk dan makmum muafiq?
A)    Makmum masbuk sempat membaca al-Fatihah
B)    Makmum muafiq tidak sempat membaca surah
C)    Makmum muafiq sempat dan makmum masbuk tidak sempat membaca al-fatihah bersama-sama imam dalam rakaat pertama
D)    Kedua-dua makmum sempat membaca al-fatihah bersama-sama imam dalam rakaat pertama.


13.. Pilih susunan lafaz niat solat berjemaah yang betul
A)    Sahaja aku solat fardhu Asar 4 rakaat tunai makmum kerana Allah taala
B)    Aku solat kerana Allah Taala
C)    4 rakaat tunai kerana Allah Taala
D)    Sahaja fardhu Asar kerana makmum







KOLEKSI SOALAN SERTA JAWAPAN Soalan Ketika sedang di dalam sembahyang berjemaah, imam telah terbatal sembahyangnya. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh makmum untuk meneruskan sembahyang. Pernah saya ternampak makmum di belakang imam perlu mengambil alih kedudukan imam dan bagaimana caranya dan bagaimana jika tiada reaksi daripada makmum dibelakang imam, bolehkah makmum yang lain mengambil alih kedudukan imam?. Jawapan: Apabila Imam terbatal sembahyangnya dalam sembahyang berjemaah, makmum yang betul-betul berada di belakang imam itu bertanggungjawab menggantikan tempat imam dan meneruskan sembahyang tersebut. Makmum ini juga bertanggungjawab menegur imam dalam menunaikan rukun-rukun sembahyang termasuk bacaan. Jika imam terbatal, beliau hendaklah keluar dari tempatnya dengan tertib, setidak-tidaknya kesebelah kiri tempat imam tersebut sekiranya tidak ada laluan untuk kebelakang. Apabila makmum di belakang beliau sedar bahawa tempat imam telah kosong, maka makmum ini perlu bergerak ke hadapan dengan pergerakan yang tidak lebih dari dua pergerakan. Setelah sampai ke tempat imam maka hendaklah disambung dari mana tempat imam terdahulu terhenti. Kekosongan yang ditinggalkan oleh makmum yang menggantikan imam itu hendahlah diisi oleh makmum yang sebelah atau yang di belakang dan seterusnya. Sekiranya kita berada jauh di belakang dan tiada siapa yang mengambil alih tempat imam, maka kita boleh berniat mufarakah(berpisah) dari imam dan meneruskan sembahyang tersebut secara sendirian.

No comments:

Post a Comment