widgets

Motivasi


Renungilah



MAKNA LUAR BIASA…

Perkataan luar biasa maksudnya lebih dari yang biasa, yang ekstreme. Bila dia melakukan sesuatu, dia melakukannya dengan dua kali ganda kesungguhan, lebih kuat dari yang biasa dilakukan oleh ramai orang.
Lance Armstrong berlatih 6 jam sehari, dari pagi sampai ke tengahari sedangkan atlit lumba basikal yang lain berlatih 2 jam di waktu pagi dan dua jam di waktu petang.
Azizi Ali, membaca lebih 700 buku tentang wang, pengurusan kewangan dan apa saja yang berkaitan dengan jutawan. Bahkan, ada beberapa buku yang dibaca olehnya lebih dari 100 kali. Kebanyakan orang cuma membaca 100-400 buku, tapi Azizi Ali kini dah membaca lebih 700 buah buku!
Ahadiat Akashah, menulis dan menerbitkan lebih 55 buah novel dalam setahun, sedangkan penulis novel lain biasanya menerbitkan 3 novel setahun.
Orang luar biasa senang di kenalpasti. Mereka rajin, sanggup belajar dan sanggup berusaha keras, sanggup menerima kritikan, sanggup bangkit dari kegagalan dan setiap saat, sentiasa bersyukur atas semua yang dikurniakan pada mereka.

Sibukkan Diri Berfikir Bagaimana Memperbaiki Hidup


Tips motivasi kali ni adalah tips ke 7 dalam 8 siri bagaimana membina sikap positif.
Tabiat suka berkata tentang hal orang lain adalah satu tabiat negatif sebenarnya. Bila kita sudah terbiasa berkata tentang hal orang lain, biasanya kita akan kata hal yang buruk-buruk, yang kita seringkali tak puas hati.
Jadi, setiap kali kita berkata tentang sesuatu yang kita tak puas hati, ada emosi amarah disitu. Lebih kerap Anda melakukannya, lebih banyak emosi negatif bersarang di fikiran Anda.
Kesannya, Anda susah nak berubah jadi orang yang bersikap positif . Mulai hari ini, kikis tabiat suka berkata tentang hal orang lain.
Saya faham, nak mengikisnya tu mengambil masa. Biar kita berubah langkah demi langkah, biar pelan-pelan, jadi ada kesan!
Biarlah mereka dengan hal mereka, kita pula, biar kita sibuk dengan hal kita.
Doakan kejayaan mereka, kesejahteraan mereka, kerana itu lebih bermakna dari asyik berkata tentang hal mereka.
Usaha untuk memgikis tabiat suka berkata tentang hal orang lain.

Lupakan Masa Lampau


Tips motivasi kali ni adalah tips ke 6 dalam 8 siri bagaimana membina sikap positif.
Usah buang masa fikirkan kesilapan masa lampau yang tak dapat diperbaiki lagi. Lupakan masa lampau, kerana kita sudah tidak dapat mengubahnya.
Fokus masa depan, kerana kita masih ada peluang besar untuk menjadikan ia lebih bahagia. Setiap kali fokus pada apa yang kita mahu, serta merta kita akan rasa teruja dan mahu berusaha, sebab kita rasa ada peluang mencapainya.
Ingat! Jangan sesekali pandang ke belakang, sebab ia akan menarik memori silam, juga emosi-emosi buruk dari kenangan silam ke ingatan kita. Kesannya, kita asyik ingat kesilapan di masa lampau lalu membuat kita terkurung dalam “perangkap mental” yang kita cipta sendiri.
Sikap kita bertukar menjadi yang negatif, sebab fikiran kita dipenuhi emosi negatif (emosi buruk) yang terbit dari ingatkan kita tentang masa lampau. Kita mudah meracau, hilang keyakinan diri, tertekan, gusar, tak nampak jalan untuk berjaya dan tak mahu berubah.
Kita tak akan terfikir kejayaan di masa akan datang, sebab fikiran kita fokus melayan memori silam yang kelam.
Mulai hari ini, beranikan diri untuk melupakan masa lampau, selupa yang mungkin supaya Anda boleh berubah menjadi orang yang punya sikap positif, sepositif yang mungkin, sebaik yang mungkin, secemerlang yang mungkin.
Beranikan diri berubah untuk kecemerlangan hidup Anda!

Usaha Menjadikan Hari Ini Hari Yang Bahagia


Tips motivasi kali ni adalah tips ke 5 dalam 8 siri bagaimana membina sikap positif . Ada dua tips lagi di artikel seterusnya.
Tahukah Anda, setiap hari kita ada peluang yang BESAR untuk menjadikan hari ini hari yang bahagia?
Adakah Anda menyedarinya? Sudah tentu tidak, atau sedar sikit-sikit saja.
Sebab, pagi-pagi lagi Anda sudah memikirkan kesibukan kerja, bil-bil yang perlu dibayar pada ujung bulan, kos semakin naik, assignment bertimbun, sales target yang perlu dicapai, lecturer yang Anda tak suka, kopi Anda yang kurang gula, trafik jem sewaktu ke tempat kerja atau leteran isteri Anda yang membingitkan telinga.
Anda LUPA untuk memasang niat supaya hari ini jadi hari yang bahagia untuk Anda.
Anda lupa sematkan dalam hati yang Anda mahu rasa sungguh bahagia hari ini.
Apa yang saya maksudkan dengan rasa bahagia ? Ia adalah rasa gembira, happy, ceria, seronok, energetik, simply rasa yang buat Anda feel good .
Yup, feel good!. Semudah itu.
Mulai hari ini, apa kata Anda berubah sikap?. Bangun pagi, niatkan dalam hati yang Anda mahu rasa bahagia hari ini , Anda mahu feel good hari ini.
Selepas berniat, pasang tekad Anda mahu jadikan hari ini hari yang bahagia buat Anda. Tekad biar teguh! Jangan tukar-tukar.
Bila start keluar dari rumah, start nak bekerja, start ke kelas atau start memulakan perniagaan Anda, usahalah menjadikan hari ini yang bahagia , Anda rasa bahagia dari pagi sampai ke malam.
Jangan biarkan satu apa merubah mood “feel good” itu. Jangan biarkan hal yang kecil, remeh temeh meragut kehepian Anda, kebahagiaan Anda pagi itu.
Anda rasa bahagia melihat ibu atau bapa Anda, Anda rasa bahagia melihat wajah kekasih Anda, Anda rasa bahagia, rasa hepi dikelilingi kawan-kawan Anda.
Usaha agar perasaan itu sentiasa ada, sentiasa membara tiap masa.
Feel good, akan membentuk sikap Anda menjadi positif. Hadirkan rasa bahagia dalam hati, yang lain, semuanya akan muncul sendiri.
Law Of Attraction always in action!

Buang Sikap Mudah Marah


Tips motivasi kali ni adalah tips ke 4 dalam 8 siri bagaimana membina sikap positif.
Sebenarnya, orang yang mudah marah , jauh dalam jiwanya penuh dengan dendam, benci, sakit hati, marah atau tak puas hati pasal sesuatu di masa lalu.
Dia tak lepaskan semua yang dia benci tu, tetapi layan dan terus layan di fikirannya. Sikit saja dia tertekan, dia mudah bertukar jadi pemarah, pendengus dan pembengis.
Sebab, dia akan lepaskan apa yang dia tak puas hati, yang dia dendam, geram, sakit hati pada benda yang buat dia tertekan. Jika seseorang buat dia tertekan walaupun cuma sedikit, dia akan marah betul-betul orang tu.
Ini menjadikan dia cukup sensitif . Terasa sikit, meletup jadinya.
Pendek kata, orang yang mudah naik marah, susah nak berubah menjadi positif, juga susah nak membina sikap-sikap positif dalam jiwanya.
Selagi dia tak belajar menjadi pemaaf dan belajar menahan marah , selagi itu agak mencabar untuk dia berubah. Untuk kita upgrade sikap ke level yang lebih positif, MESTI buang sikap mudah marah .
Bukan saja orang tamak selalu rugi, orang yang selalu mudah marah juga selalu rugi.

Ransang Diri Dengan Kata-kata Motivasi Positif


Tips motivasi kali ni adalah tips ketiga dalam siri bagaimana membina sikap positif dalam diri.
Dalam dua tips terdahulu, saya berkongsi cara mengelak sikap pesimis dan cara bagaimana nak mengubah perkataan dalam perbualan seharian.
Seterusnya, untuk membina sikap positif, kita perlu sentiasa meransang diri dengan kata-kata positif, ayat-ayat positif atau kata-kata motivasi positif yang mencetus semangat. Baca banyak kali, beratus kali dalam sehari, dari saat Anda mula membuka mata sehingga time nak masuk tidur.
Dalam blog iMotivasi, saya ada kongsikan kata-kata motivasi, dimulai dengan kata-kata motivasi #1, #2, #3 sehingga #9 dan takkan habis!.
Anda juga boleh gali kata-kata motivasi dari blog Dr Inspirasi, blog Motivasi Kejayaan, blog Linn  Comel, blog Osman Affan, blog Attracting Your Goals kelolaan Raymond atau blog Irfan Khairi.
Anda boleh salin kata-kata motivasi tu di atas kertas kecil, buku nota atau “Post It Notes” lalu baca dengan kerap. Cara lain, save di dalam hanphone, PDA atau di reminder dalam laptop Anda.
Minda kita cepat menangkap sesuatu yang ringkas dan santai, sebab ia lebih “ringan”. Amalkan membaca kata-kata motivasi atau quote motivasi pendek, kerana ia senang di ingat.
Lebih kerap Anda ransang diri dengan kata-kata positif, lebih cepat sikap Anda berubah jadi yang lebih positif!.

Ubah Perkataan Dalam Perbualan Seharian


Kita bertemu dalam 8 siri tips bagaimana membina sikap positif yang kedua. Tajuknya kali ni, ubah perkataan dalam perbualan seharian kita.
Kita bercakap, bercakap, bercakap, tapi kita tak kawal perkataan yang keluar dari mulut kita, baik ke, buruk ke, ye tak?
Biasanya, kita kurang mengawal perkataan-perkataan yang kita ucapkan ketika berbual. Suka hati kita nak cakap apa..
Tahukah Anda, perkataan yang keluar dari mulut kita sebenarnya mempengaruhi mood dan attitude kita sendiri? Perkataan yang kita gunakan tatkala bercakap melambangkan siapa kita dan cemana mindset kita.
Jika kita suka cakap yang kasar, yang besar, yang bongkak, ada caci maki, tak puas hati dan cercaan, maknanya attitude kita negatif.
Jika kita suka cakap dengan tone suara yang terkawal, sopan dan jelas, diselang seli dengan lawak jenaka, rasa persahabatan, mood kehepian serta bebas dari umpatan atau caci makian, itu maknanya attitute kita positif. Attitude Yang bagus, yang membuat orang senang nak senang dengan kita.
Untuk membina sikap positif dalam diri, Anda kena ubah perkataan dalam setiap perbualan seharian.
Kawal apa yang Anda fikirkan dan yang Anda ucapkan. Selalulah cakap yang baik-baik saja dan kalau boleh yang bersemangat membara. Jauhkan diri dari selalu mengkritik atau bercakap pasal ketidakpuashatian Anda dengan perbuatan orang lain.
Elak mencaci-maki, mencerca atau menengking. Elak seelak yang mungkin, sejauh yang mungkin, lupakan selupa yang mungkin, selama mana yang mungkin!
Satu perkataan saja boleh mempengaruhi sikap, kerana satu perkataan boleh menjadi ayat lalu ayat-ayat itulah yang ditangkap oleh minda Anda. Kesannya, ia melekat di situ menjadi sebahagian dari apa yang selalu Anda ucapkan.
Tukar “kalau” menjadi “bila”.
Tukar “mustahil” kepada “boleh jadi”.
Tukar “boleh buat ke? boleh berhasil ke?” kepada “Saya percaya saya boleh buat! Apa peluang yang saya ada?”. Bila diubah, terasa macam ada peluang dan ada harapan untuk berusaha.
Contoh ayat-ayat positif yang Anda boleh praktikkan…
Aku boleh, sememangnya boleh!
Aku mahu cuba!
aku ada peluang untuk berjaya!
Aku tak mahu tangguh, aku mahu buat sekarang!
Aku mau buktikan!


Elak Sikap Pesimis


Tips bagaimana membina sikap positif yang pertama ni bertajuk elak sikap pesimis. Untuk membina sikap positif, kita kena buang sikap negatif dulu.
Buang yang buruk-buruk, masukkan yang baik-baik. Ubah perangai lama, gantikan dengan perangai baru..Ubah diri Anda!
Sikap pesimis adalah sikap-sikap negatif, seperti suka bersangka buruk, suka berfikir yang bukan-bukan, pendengus, panas baran, tak menerima pendapat orang, ego, sombong dan hidung tinggi.
Kita kena berubah. Ambil sedikit masa kaji dulu diri kita ni cemana sebelum kita berubah.
Kaji dalam-dalam perangai kita ni dengan menganalisa tabiat diri. Cara paling bagus, ambil sehelai kertas kosong dan tulis perangai yang kita nak ubah. Tulis satu-satu. Jujur dengan diri sendiri.
Sebagai contoh, jika pada mulanya kita suka bersangka buruk, ubah menjadi suka bersangka baik.
Jika dulu kita suka memandang rendah pada orang, tukar perangai tu menjadi tabiat suka mengagumi orang lain dan selalu menghormati orang lain, walau siapapun dia.
Jika dulu ada sikit-sikit ego atau suka menunjuk, tukar menjadi tabiat suka bersederhana dan low profile. Sikap bersederhana lebih dihormati orang di sekeliling.
Bila dah berubah, cemana kita nak jadikan perubahan tu kekal, bukan sehari dua saja? Jawapannya, buat selalu dan lakukannya dengan kerap!
Seperti contoh di atas, selalulah bersangka baik, suka mengagumi kelebihan orang lain, hormati semua orang, selalu bersederhana dan selalu low profile. Amalkan kesemuanya selalu!.
Lama-kelamaan, bila dah terbiasa, sikap Anda berubah menjadi lebih positif akhirnya!

No comments:

Post a Comment