Keuzuran yang diizinkan oleh syarak untuk tidak berjemaaah.
a) Keuzuran umum seperti hujan atau angin yang kuat pada waktu malam. Jalan yang terlalu becak atau
berlumpur.
b) Keuzuran khusus seperti sakit, keadaan yang terlalu lapar atau dahaga, takut kepada orang yang
melakukan kezaliman keatas dirinya dan hartanya dan ketika menahan diri daripa hadas kecil.
Suatu masa dahulu, nabi Muhammad mendapati ada antara para sahabat yang lelaki tidak mahu ke masjid bagi menunaikan sembahyang lima waktu secara berjemaah. Beliau kecewa dan marah atas perkara yang berlaku. Beliau pernah memberi amaran dan mengeluarkan kenyataan yang beliau mahu membakar rumah mereka yang enggan ke masjid bagi menunaikan solat lima waktu secara berjemaah.
Definisi Makmum Muafiq
Seorang makmum yang sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri(Qiam) imamnya,
dimana ia mempunyai masa yang cukup untuk membaca al-fatihah bersama imam
dengan bacaan yang sederhana.
Info Solat Berjemaah
DEFINISI MAKMUM MASBUQ
Seorang makmum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya dan tidak mendapat masa yang cukup untuk membaca Al-Fatihah bersama Imam. Ini disebabkan Imam telah pun rukuk atauhampir-hampir rukuk kemudian makmum tadi masuk ke saf sembahyang berjemaah.
Ketahuilah bahawa bencana dahsyat, perbuatan yang paling buruk, dan aib adalah berpunca daripada kurangnya perhatian masyarakat terhadap mengerjakan ibadah solat lima waktu, solat Jumaat, solat jemaah dan solat sunat yang lainnya.
Pada hal semua itu adalah ibadah yang dengannya Allah SWT meninggikan darjat dan menghapuskan dosa maksiat seseorang. Ibadah solat adalah cara ibadah seluruh penghuni langit dan bumi.
Terjemahan Surah al-Ma'un
1. Tahukah Engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
2. Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
3. Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
4. maka Kecelakaan besar bagi orang-orang yang sembahyang -
5.(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
6. (juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya),
7. Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).