widgets

Monday, December 17, 2012

Sudut Ilmu

Apa kata Al-Quran?

SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG ITU MENCEGAH
 DARIPADA PERBUATAN KEJI DAN DOSA.

                                                    ( Surah al-Ankabut, ayat 45 )

Friday, December 14, 2012

Penghayatan


SOLAT BERJEMAAH DAPAT MERAPATKAN
SILATULRAHIM SESAMA UMAT ISLAM

Thursday, December 13, 2012

Sudut Nurani

Kedudukan imam dan makmum dalam solat berjemaah



Sumber:http://id.scribd.com/doc/3536877/Posisi-Imam-dan-Makmum-Dalam-Shalat-Berjamaah- 
              Versi-Arsi( abusalahuddin)

Wednesday, December 12, 2012

Info Fekah


 PEREMPUAN HANYA BOLEH MENJADI IMAM KEPADA
 JEMAAH PEREMPUAN SAHAJA.


Monday, December 10, 2012

Soalan Latihan


Suaikan Hukum Solat Berjemaah

1. Fardu Kifayah  *                                  *Ke atas setiap lelaki bagi solat 
                                                                 Jumaat.
2. Fardu Ain        *                                  *Bagi solat-solat sunat seperti 
                                                                 solat hari raya.
3. Sunat               *                                  *Ke atas orang lelaki di sesuatu
                                                                 tempat bagi semua solat fardhu 
                                                                 kecuali solat Jumaat.

Sunday, December 9, 2012

Uji Minda


Lengkapkan
Solat yang dilakukan oleh ................................ atau lebih secara.................... dengan diketuai oleh.................................. dan disertai dengan niat berjemaah.


Saturday, December 8, 2012

UJI MINDA




CUBA JAWAB SOALAN DI BAWAH

Tuliskan sah atau batal solat berjemaah yang berikut:

1. Makmum rukuk sebelum imam. .............................................

2. Makmum bertakbiratul ihram selepas imam..............................

3. Makmum hanya mengetahui pergerakan imam berdasarkan pergerakan makmum yang berada dalam saf

    dihadapannya  ..............................................

Wednesday, December 5, 2012

Sudut Ilmiah

SYARAT SAH SOLAT BERJEMAAH

1. Niat mengikut imam bagi makmum
      2. Takbitarul ihram makmum tidak mendahului takbiratul ihram imam
      3. Makmum tidak mendahului dan tidak terlalu lambat mengikut pergerakkan imam
      4. Makmum mengetahui pergerakan imam
      5Tiada sekatan atau penghalang antara makmum dan imam

Sunday, December 2, 2012

Sudut Ilmiah

LAFAZ NIAT SOLAT



Niat Solat Isya`

أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah taala ,
Allah Akbar”.

Thursday, November 29, 2012

Sudut Ilmiah



Niat solat Maghrib

أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah taala,
Allah Akbar.”

Wednesday, November 28, 2012

Sudut Ilmiah

Lafaz Niat Solat



Niat Solat Asar

أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

Monday, November 26, 2012

LAFAZ NIAT



ii) Niat Solat Zuhur

أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala,
Allahu akbar.”

Saturday, November 24, 2012

LAFAZ NIAT

SOLAT SUBUH


i) Niat solat subuh

أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat sebagai (makmum/imam ) kerana Allah Taala.”

Friday, November 23, 2012

Video Solat Berjemaah


Info Solat Berjemaah

Keuzuran yang diizinkan oleh syarak untuk tidak berjemaaah.

a) Keuzuran umum seperti hujan atau angin yang kuat pada waktu malam. Jalan yang terlalu becak atau
     berlumpur.

b) Keuzuran khusus seperti sakit, keadaan yang terlalu lapar atau dahaga, takut kepada orang yang
     melakukan kezaliman keatas dirinya dan hartanya dan ketika menahan diri daripa hadas kecil.

Thursday, November 22, 2012

KISAH TELADAN

Suatu masa dahulu, nabi Muhammad mendapati ada antara para sahabat yang lelaki tidak mahu ke masjid bagi menunaikan sembahyang lima waktu secara berjemaah. Beliau kecewa dan marah atas perkara yang berlaku. Beliau pernah memberi amaran dan mengeluarkan kenyataan yang beliau mahu membakar rumah mereka yang enggan ke masjid bagi menunaikan solat lima waktu secara berjemaah.

Sunday, November 18, 2012

SUDUT ILMU

Definisi Makmum Muafiq Seorang makmum yang sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri(Qiam) imamnya, dimana ia mempunyai masa yang cukup untuk membaca al-fatihah bersama imam dengan bacaan yang sederhana.

Thursday, November 15, 2012

Info Solat Berjemaah

Info Solat Berjemaah DEFINISI MAKMUM MASBUQ Seorang makmum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya dan tidak mendapat masa yang cukup untuk membaca Al-Fatihah bersama Imam. Ini disebabkan Imam telah pun rukuk atauhampir-hampir rukuk kemudian makmum tadi masuk ke saf sembahyang berjemaah.

Tuesday, November 13, 2012

sudut ilmiah

Ketahuilah bahawa bencana dahsyat, perbuatan yang paling buruk, dan aib adalah berpunca daripada kurangnya perhatian masyarakat terhadap mengerjakan ibadah solat lima waktu, solat Jumaat, solat jemaah dan solat sunat yang lainnya. Pada hal semua itu adalah ibadah yang dengannya Allah SWT meninggikan darjat dan menghapuskan dosa maksiat seseorang. Ibadah solat adalah cara ibadah seluruh penghuni langit dan bumi.

Thursday, November 1, 2012

RENUNGAN

RENUNGAN
Terjemahan Surah al-Ma'un 1. Tahukah Engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)? 2. Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, 3. Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. 4. maka Kecelakaan besar bagi orang-orang yang sembahyang - 5.(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; 6. (juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya), 7. Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).